. HANS ISAAC . "PROJECT" . MANCING .



Lepas gian semalam...
dah lama tak pergi memancing...
kolam ikan area Kemensah je...
cuma tak tahan jalan kecik,berlubang2 & takde ciri2 keselamatan langsung...

Dalam perjalanan nampak Hans Isaac tengok shooting...
dalam hutan gak korang shooting yer...

Selang beberapa KM, jalan diblok oleh sebuah kereta...
mula2 nampak sorang mamat foreigner je...
tekan hon, keluar kepala pompuan kat seat penumpang...
WTF...korang buat project siang2 hari ke?
nasib korang blah cepat, kalau tak mmg aku snap gambar korang...

Sampai ke destinasi...
set joran...
tunggu je la...
tahap kesabaran yang tinggi diperlukan...



Hanya 2 ikan pacu je dapat dinaikkan...
gambar ikan xde...
tangan bau hanyir...
rosak pulak camera murah aku...



Spontaneous Thursday...




geli-GELEMAN...



Bukanlah peminat makanan Jepun...
tapi skali skala mencuba apa salahnya...
tengok ramai sngt beratur beli TAKO TAO ni...
nak jugak rasa...


Tapi SUSHI masih tak nak cuba...
geli geleman dengar cerita tu...
eeewwwww....



Trip to Taipei, Taiwan - DAY 3 (Last Day)




6 September 2011

Hari terakhir di kota Taipei...rasa macam sekejap je masa berlalu...macam tak puas pulak berjalan kat Taipei ni...apa kan daya, dapat sponsor cuma 3 hari 2 malam je...tu pun dah cukup bersyukur dapat pergi free sponsored...hehe

Hari terakhir takde aktiviti pun...pukul 9 lebih dah check out from hotel...terus ke MRT station untuk ke Zhongshan Airport...Zhongshan Airport ni dulunya airport untuk penerbangan International, tp sbb Taipei dah makin maju, so, dieorg tukar International Airport ke Taoyuan International Airport which lebih 1 jam dari Taipei...Zhongshan Airport skrg jadi airport untuk penerbangan domestic je...

Kiteorg ke Zhongshan Aiport bukanlah nak amek flight ke Taoyuan International Airport, tp just nak amek bas ekspess direct ke Taoyuan International Airport...sampai2 je kat Zhongshan Airport Station, bus dah ada kat pintu masuk terminal, so apa lg, cepat2 la beli tiket...






Trip to Taipei, Taiwan - DAY 2 PART 2




Lepas rehat2 jap kat Chiang Kai-Shek Memorial Hall menghayati seni bina cina yang susah sngt nak jumpa kat Taipei ni sbb bangunan dieorg dah moden, kami plan nak ke Zoo Taipei...

Dari Chiang Kai-Shek Memorial Hall Station kami terus ke Taipei Zoo Station (Intersection at Taipei Main Station & Zhongxiao Fuxing Station)...Zoo ni betul2 sebelah station...memang senang la pelancong nak pergi...harga tiket pun xde la mahal...cuma RM6 je kalau convert ke duit Malaysia...mahal lg Zoo Negara bawah rumah aku tu...hehe...

 







Trip to Taipei, Taiwan - DAY 2 PART 1



 5 September 2011

Hari kedua di Taipei...bangun dalam pukul 6am...tgk kat luar dah terang benderang...cepat2 solat subuh...kat sini pagi cepat terang..dalam pukul 5 lebih dah terang benderang...

Pagi tu just breakfast kat hotel je...tu pun cuma makan roti dengan kopi...pilihan makanan lain mmg banyak, tapi mesti non-halal...walaupun sayur, xyakin dieorg masak macam mana...

Dalam pukul 9, memulakan misi untuk menjelajah kota Taipei...dah survey beberapa tempat yang wajib dikunjungi kat Taipei ni sejak kat Malaysia lagi...MRT route pun dah siap2 study...so xde la susah sngt nak berjalan nnt...

Jalan raya kat sini agak lengang...tak banyak kereta...lebih banyak bas & teksi...dan lagi satu, terlalu banyak skuter kat sini...memang bersepah la skuter parking kat tepi2 jalan...maybe lg senang kot bawak skuter kalau nak pergi keje...so, xde la jam kan...then, public transport pun antara pengangkutan popular bagi orang2 kat sini untuk bergerak ke mana2...

 





WordLess Wednesday...



Via Doodle Buddy on iPad.



Trip to Taipei, Taiwan - DAY 1 PART 2




Setelah sejam lebih perjalanan menaiki bas 1041 dari Taiwan Taoyuan International Airport (Terminal 1), kami berhenti berhampiran dengan Zhongshan Junior High School MRT Station...masa tu hari dah mula gelap & kami terus ke Hotel Sherwood di Minsheng E. Rd...mula2 tak tau gak nak kemana lepas turun bas, tp bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan"...so, dalam kebatasan bahasa tu, terpaksa la jugak tanya orang yang ada kat situ...

Dari Zhongshan Junior High School MRT Station ke Hotel Sherwood dalam 5 minit la kalau jalan kaki...tak jauh mana pun...tapi sebab bawak beg besar, so berpeluh jugak la...sampai je hotel terus check in...bilik pun agak menarik...2 queen beds lagi...seronok la buat guling2...ada tab mandi gak, boleh la berendam air buih...hehe...

 







Trip to Taipei, Taiwan - DAY 1 PART 1



4 SEPTEMBER 2011

Bermula pengembaraan ke Taipei, Taiwan pada hari raya ke-6 hari tu...orang lain pergi beraya rumah saudara mara, yang aku g jalan2 lak...eh...aku g open house member kat taiwan la...hehe

Pagi tu flight kami pukul 9.45am...ni first time menaiki pesawat Cathay Pacific which kepunyaan Hong Kong...so, sebelum sampai ke Taiwan, kami kene transit dulu kat Hong Kong International Airport...and ni first time naik kapal terbang kene transit...

 





ISLAM dihina oleh umat akhir zaman




Tak nak kata apa...
bila manusia berkata2 tanpa ilmu...
macam ni la jadinya...
kesengalan & kejahilan terserlah...




Nasib la ko orang singapore...
kalau orang Malaysia mmg aku cincang2 ko sampai mati...
errrmmm...inilah umat akhir zaman...





WordLess Wednesday...




Choose...??

|
|
\/


This one BETTER...

|
|
\/





tidak lengkap AIDILFITRI jika... [4]


...tiada sesi bergambar satu keluarga...
macam2 posing ada...
dari berdiri, duduk sampai la baring...
kalau dah terlebih kretif macam tu la...
but it was fun...lagi2 bila jadi photographer...


Bergambar adik beradik mmg wajib ada...
walaupun sorang abg tak dapat balik raya tahun ni...
lagi meriah kalau ada arwah ayah...AL-FATIHAH...

Tengok dua mamat kat tepi tu...
org suruh tema hijau...
dieorg pergi tempah warna Turquoise (hijau + biru)...
habis kene bebel dengan kak long...
hehe...



tidak lengkap AIDILFITRI jika... [3]



...tiada sesi collect duit raya...
budak2 la suka time ni...
yang masih bujang pun kadang2 dapat lagi...
hehehe...



Bila dah balik semula ke rumah masing2...
Mak ayah pening kepala macam mana nak cari duit buat belanja dapur, open house dll...
yela, persiapan raya aritu mengalahkan persiapan kawin...
last2, duit raya anak2 jadi mangsa...
bagi alasan nak masukkan dalam bank anak2...
tapi senyap buat belanja...
gaji bulan depan baru boleh ganti duit raya anak2 tu...
tu pun kalau ingat...
haha...



tidak lengkap AIDILFITRI jika... [2]






...tiada sesi bermaafan di pagi raya...
mood gembira bertukar sayu...
time ni la nak mintak maaf dari tangan ke hati...


Time orang lain bersalaman aku sibuk snap sana sini...
bila turn aku bersalaman, xde pulak yang nak snap pic aku...
bila pakai camera canggih sikit je, semua org tak berani nak cuba...
ni sedih jadi photographer tak berbayar ni...




tidak lengkap AIDILFITRI jika... [1]


...tiada juadah untuk melantak di pagi hari...
kuah kacang, kari ayam, rendang daging, ayam masak merah,sayur goreng wajib ada...
dimakan bersama ketupat dan lemang tambah menyelerakan...


Sebelum sembahyang sunat Aidilfitri dah melantak satu pinggan...
balik sembahyang melantak lagi satu pinggan...
tu tak kira makan tengahhari, minum petang, makan malam...
entah berapa pinggan dalam satu hari...
macam mana pipi tak gebu...
hehehe...




WordLess Wednesday...