NUFFNANG ajak pergi OVERSEA....



Salam siaran dari LOBI hotel...
kat bilik tak dapat WIFI...
terpaksa berkampung kat lobi...
tension lak aku...

Tadi check MR NUFFNANG...
perrgghhh..dapat 2 BE baru...
suka2...terima kasih MR NUFFNANG...
 

Sampai 2 kat tempat yang sama lak tu
xleh ke MR NUFFNANG letak sebelah-sebelah iklan tu??
hehehe...


Persoalannya, kenapa time aku g holiday kat oversea, time tu la dapat BE baru??
aritu g Beijing dapat 4 BE...
ni g Padang dapat 2 BE...
makin jauh pegi, makin banyak BE dapat ek?
hehehe...

So, jom la g holiday oversea ramai2 yok..
mesti MR NUFFNANG bagi BE banyak2...
huhuhu...
next trip lepas Padang adalah dalam masa terdekat ni jugak...
cuba teka...sape dapat teka leh dapat ole2 dari Padang...




bukan PADANG bola daaaa...


PESANAN PENAJA :
JANGAN LUPA UNDI AKU UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan" KAT SINI ----> http://bpm-undi.blogspot.com/
CARI "The Beauty In Ugly" NOMBOR 9 DARI ATAS

Orang Malaysia kalau pergi holiday, nak senang mesti pilih Indonesia...
satu sebab tambang murah, naik je Air Asia...
dua sebab duit kita berganda2 besarnya...boleh jadi  jutawan kot...

27/3/2009 - 30/3/2009

BALI telah ku tawan....

18/7/2009 - 19/7/2009

JAKARTA telah ku tawan...

21/5/2010 - 24/5/2010

BANDUNG telah ku tawan...

29/11/2010 - 2/12/2010

PADANG/BUKIT TINGGI pulak akan ditawan...
flight pagi ni pukul 8 pagi...
doakan aku selamat pergi dan pulang...
takut gak sbb macam2 jadi kat Indon sekarang ni...
agak2 barang2 kat Padang ada murah macam kat Bandung dgn Beijing tak?


PESANAN PENAJA :
JANGAN LUPA UNDI AKU UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan" KAT SINI ----> http://bpm-undi.blogspot.com/
CARI "The Beauty In Ugly" NOMBOR 9 DARI ATAS



Contest I Love MyMum



PESANAN PENAJA :
JANGAN LUPA UNDI AKU UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan" KAT SINI ----> http://bpm-undi.blogspot.com/
CARI "The Beauty In Ugly" NOMBOR 9 DARI ATAS
 (sempat lg tu...haha)


Kali nak join contest Misz Fatin pulak...
 xberharap pun menang...
cuma memeriahkan majlis yg mmg dah meriah...
ramai tu masuk...
tapi rasanya 95% pompuan...
untuk tidak menjatuhkan martabat lelaki...
aku masuk la..hehe..



 SYARAT-SYARAT :
1. Buat entry khas dengan meng'Upload' picha anda yang paling menarik, tertarik da bomb gitu bersama ibu anda.. (DONE)

 
Gambar masa convo je...terima kasih buat mak sbb pengorbanan mak sebelum edy lahir sampai edy berjaya skrg...I LOVE U lah..MUAAXXHHH...hahaha
(sweetkan gambar ni..walaupun korang tak rasa sweet, sila cakap sweet...hahaha)

2. Nyatakan satu hadiah yg paling best anda pernah beri kepada ur mum masa bezday beliau.. (DONE)

- Rasanya xpernah bagi hadiah time birthday, cuma belanja KFC kot...tapi time bukan birthday ada gak belikan gelang mutiara, perhiasan, baju dll...kalau fatin nak belikan hadiah, beli yg selalu dia pakai and boleh tahan lama...biar dia ingat kat kita time dia pakai benda tu...mesti sweet...

3. Anda tidak di wajibkan jadi folower blog MISZ FATIN,   (DONE)

4. Sertakan link u'ols pada entry ini  (DONE)

5. Letakkan banner contest kat sidebar u'ols n link ke entry contest ini  (DONE)

6. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tahu.. ~> eqbalzack, ummu ishak, umiey   (DONE)


Hadiah :
1x top-up RM30

Tarikh Tutup Penyertaan : 30/11/2010

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok la..nak packing barang untuk esok...
nak terbang lagi...
xsabarnya...
korang nak ikut?
hehehehe...

PESANAN PENAJA :
JANGAN LUPA UNDI AKU UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan" KAT SINI ----> http://bpm-undi.blogspot.com/
CARI "The Beauty In Ugly" NOMBOR 9 DARI ATAS





saya SAYANG awak sebab awak COMEL...



PESANAN PENAJA :
JANGAN LUPA UNDI AKU UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan" KAT SINI ----> http://bpm-undi.blogspot.com/
CARI "The Beauty In Ugly" NOMBOR 9 DARI ATAS


Semalam dok kemas bilik...
aku kumpulkan balik sisa2 ole2 dari Beijing...
tinggal sikit je untuk kenang-kenangan aku...
mula2 plan nak bagi kat peserta contest...
but benda ni berat sngt...
daripada menanggung kos penghantaran yang tinggi, baik aku simpan...


Ni la budak2 comel kenangan dari Beijing..
ada 3 set...
kecik2 pun berat...
nak let go 2 set...
ada siapa2 nak beli??
hahaha...

Oh ya...
2 hari lepas dapat hadiah GA yang comel gak dari blogger Nabilah_2908


Comelkan??
handmade tau...
tq banyak2..len kali leh bagi lagi...
hahaha...


PESANAN PENAJA :
JANGAN LUPA UNDI AKU UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan" KAT ----> http://bpm-undi.blogspot.com/
CARI "The Beauty In Ugly" NOMBOR 9 DARI ATAS



bukan HARUS, bukan SUNAT...tapi WAJIB!!


Wahai rakyat MALAYSIA...
mari dekat2, mari rapat2...
sila baca entry ni tanpa kelip mata...
huhuhu...

Semasa baca entry ni...
sila niatkan di dalam hati untuk membeli MAJALAH REMAJA bulan 12...
kenapa??


Tengok...
ada muka Marsha kan...
cantik tak??
tapi bukan itu fokusnya...
selak muka surat 134...


YAHOOOOO!!!
blog aku masuk majalah remaja...
TQ editor2 majalah remaja...
korang mmg cool...

Korang WAJIB beli tau...
sbb leh baca wawancara aku kat dalam tu...
dan ada poster aku dengan cover majalah ni, MARSHA MILAN LONDOH...
mesti tipukan??
beli la dulu baru tau...
hahaha..

p/s :
1. Tq to Mizz Sue sbb ajak aku join ruangan blogspot majalah remaja
2. JANGAN LUPA UNDI AKU  PUKUL 10 MALAM NI UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan"...



satu ALTERNATIF...



Sekarang ni harga getah boleh tahan...
RM6 lebih gak sekilo...
kira record la cecah RM6...
dan dengar2 lepas ni mungkin naik sampai RM12...


Tapi 1 je problem sekarang ni...
hari2 hujan...
kalau menoreh pagi, tengah hari hujan, mmg buat penat je la...
hasil takde...

Namun RISDA suggest 1 alternatif...
dieorg perkenalkan sesuatu yang aku pun xtau nak panggil apa...
sesuatu yang boleh halang air hujan dari kene tempat toreh tu...


Nampak tak benda berbelit kat pokok yang macam ular tu??
lepas ni penoreh xyah la pening2 kepala fikir pasal cuaca yang tak menentu...
makin kaya raya la penoreh kat kampung...
nak balik kampung noreh getah je la macam ni...
mmg masyuk skrg beb...
kalah gaji engineer sebulan...

Siapa kata duduk kampung xleh hidup senang??
busuk pun busuk la...
janji poket tebal...
hahaha...




aci-aci bukak PINTU...


Semalam teringin nak makan western...
terus g Restaurant Chop N Steak
ala..restaurant kapal kat kampung baru tu...


Order Grill Chicken...
punya la lambat service...
mula2 nak blah dah...
tp tunggu jugak la lg 5 minit...
nasib sampai dalam masa 5 minit tu..

Rupanya2 kuah black pepper dia tumpah kat dapur...
so, dieorg buat balik...
buat balik xpe...
jangan guna balik kuah yang tertumpah tu sudah...

Balik makan dapat tau aku dicalonkan oleh blogger EQBALZACK untuk "Blog Pilihan Malaysia 2010"...
aku dicalonkan untuk kategori "Blog Personal Lelaki Pilihan"...
ada 6 kategori ke semuanya...
kalau korang rasa2 nak calonkan rakan blogger lain or CALONKAN AKU JUGAK (hehehe)...
korang leh undi kat sini...

Sape undi aku nnt aku kasi ole2 dari Beijing or Padang, Indonesia...
eh..aci ke tak pancing2 pencalonan cam ni?
sila undi dengan ikhlas yer...
jgn sebab ole2...
hehe...




ini bukan PENGHUJUNG...ini hanyalah PERMULAAN...



Masanya telah tiba...
berperang pen dan kertas...
good luck untuk anak buah aku yang amek SPM start hari ni...

Aiman kat Melaka

dan

Iwan kat Kluang...

Moga dapat jawab dengan tenang...
dan result nnt harap2 la cemerlang, gemilang dan terbilang...
ceeewwaaahhhh...

Dapatkan straight A's..
jangan jadi cam paksu...
xberapa nak bijak...
hehe..

Good luck again for both of you...
and to all SPM students tahun ni...
ingat...
ini bukan PENGHUJUNG...ini hanyalah PERMULAAN...





SUGAR MUMMY diperlukan...


Pernah ditanya...
"LEPAS IJAZAH KO NAK BUAT APA?"

Pasti aku jawab...
"NAK KEJE LA..MALAS AKU SAMBUNG...PENAT KOT STUDY 6 TAHUN KAT UIA"

Tapi semuanya berubah...
walaupun tidak terlintas difikiran...
ia berlaku cukup pantas...
aku terima segalanya dengan ucapan kesyukuran...


Alhamdulillah...
berkat doa mak dan ahli keluarga yang lain...
dapat gak sambung MASTER...

BYE BYE UIA...
HI HI UM...

Bak kata member aku...
"Dapatkan tempat dulu, baru fikir pasal duit pengajian"

Sekarang dah dapat...
duit takde...
ada siapa2 nak sponsor 1st fee RM5K++ tu?
datin2 ada yang nak jadi sugar mummy??
hehehe..



REZEKI jangan ditolak...



Honestly aku xreti pasal nuffnang ni...
aku letak je coding nuffnang tu...
nak dapat earning mmg aku serah bulat2 kat nuffnang...
kalau earning naik, alhamdulillah...
kalau tak naik, takde rezeki kot...


Bila orang sebut dapat BE ngan ME, aku senyap je...
sebab aku mmg xpernah dapat...
maybe aku mmg xlayak kot...
yela..org update sehari 10-20 entry...
aku nak update sehari 1 entry pun susah...

Tapi baru2 ni masa aku g Beijing...
xdapat update blog 5 hari...
time tu la aku dapat BE pertama...
cis..time xupdate blog la dapat BE...
kompem2 xde org masuk blog aku nak click2...
huhu...


Dah lama xcheck, rupenye2 yang BE dah tukar jadi ME...
dan tambah lak BE yang baru...
pemurahkan MR. NUFF ni...
terima kasih la banyak2 MR. NUFF...

Tapi yang pelik kenapa CAMPAIGNS biasa tak bertambah2 pun sejak dapat BE & ME ni?
ada siapa2 leh kongsi pengalaman korang tak??
bagi tips berguna ke...
SHARING is LOVING...eh...eh...CARING la...
hehehe..






nak MENTERNAK la...


Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati...


Haha...
suka suki je aku letak dialog...
tapi selama ni aku tengok mmg betul la...
lembu seolah2 bercakap2 dengan lembu lain sebelum kene sembelih...
mayb dieorg dah dapat rasa kot nak kene sembelih...

Rasa lepas ni aku nak ternak lembu la...
kaya kot...
sekor je dah RM2500-RM3000...
mesti lepas ni org panggil aku "EDY LEMBU"...
lembu pun lembu la...
janji poket masyuk & tebal...
huhuhu...




raya QURBAN pun boleh



Pagi raya Aidiladha tak sempat nak join org kampung buat qurban...
lepas semayang terus g Kluang cari lembu untuk aqiqah abg aku...
ingat ada aktiviti sembelih-menyembelih...
rupa2nya tukang sembelih tengah sibuk buat qurban kat tempat lain...
so, terpaksa balik dulu...

Malam lak main mercun...
korang ingat time raya puasa je ke leh main mercun?
raya qurban pun boleh apa...

Tapi malam tu mmg sunyi sepi betul kampung aku...
tak meriah langsung...


Rumah tepi jalan raya...
tapi tak banyak kereta lalu lalang...
org tak balik beraya kot...


Kesian anak buah aku kene paksa tulis nama aku...
hahaha...
walaupun xberapa menjadi...
boleh la kan...
asal nampak E.D.Y tu...

Ok la..
malam ni ada majlis doa selamat...
nak tolong tengok apa2 yang patut...
hehe...




POSTO...posto...khas untuk KORANG



Type entry sepantas kilat...
jap lagi nak balik kampung...
macam tak raya je esok...
tak terasa pun...
kesian yang tak dapat cuti tu kan...
sabar je la...
hehe...

Sebelum balik nak pos barang2 untuk korang...
untuk siapa??
untuk pemenang2 CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly la siapa lg...
penat malam tadi dok bungkus hadiah...


Yang tak menang macam mana??
jangan risau...
ada ole2 gak untuk korang dari BEIJING...
murah2 je yer...
don't aspect too much k..


Ada nama korang??
aku pos peringkat demi peringkat k...
xlarat nak pos semua dalam 1 masa...
xsempat hari ni, lepas raya aku pos...
doa2 la hadiah korang tak kene curik dengan posmen...

Siapa yang tak hantar details tu cepat2 la hantar...
lagi2 hadiah utama...
ada yang tak hantar details lg...
hantar kat email (ruzaidi.kardi@gmail.com)
tempat lain aku tak layan...
siapa hantar lambat, lambat la korang dapat hadiah....
hehehe...

Akhir kata...
"SELAMAT HARI RAYA QURBAN"
untuk semua peminat (peminat ke??) & pembaca setia blog The Beauty in Ugly...
sayang korang..mmuuaaahhh...
hehehe...




Percutian ke BEIJING (Day 5)



Tarikh : 7/11/2010

Hari ni hari terakhir di bandaraya Beijing...hari ni xbanyak activity...so, kitaorg checkout hotel pukul 10am macam tu...so, pagi tu b4 check out berkemas la...time ni la leh nampak beg beranak pinak...datang 1 beg, balik 2,3 beg pulak..huhu...

Lepas check out kami ke Sunny Gold Street Market...apa??SHOPPING lagi??nasib la duit aku banyak lagi..huhu...kat sini tempatnya kecik je, tp lebih murah dari 2 tempat aku pegi sebelum ni...peniaganya takde la samseng macam 2 tempat sebelum ni...lebih pemurah...

Masa aku tengah tawar-menawar porcelain kat sebuah kedai ni, tiba2 ada POLIS suruh kita orang keluar dari kedai...ingat nak tangkap kitaorg, rupa2nya nak tangkap peniaga kedai tu...peniaga tu rupa2nya jual pedang SAMURAI...dia sorok kat atas para dan bawah meja...cuak giler time ni..dah la kedai tu paling murah...baru nak beli, dah kene tangkap...rugi2..mayb bukan rezeki mak aku..huhu...dan nak ingatkan korang, jgn sesekali beli barang tajam seperti parang, pisau dll dan lighter..sbb kompem korang xlepas kat airport nnt...


Lepas shopping terus g makan tengah hari...makan terakhir kat Beijing...so, kene makan banyak2 sikit...lepas ni susah nak rasa dah..huhu...Masakan special kat kedai ni adalah susu goreng dan ikan bunga...special ke??biasa je..huhu...

 

Kat luar kedai ni banyak duit kertas seringgit Malaysia ditampal kat dinding kedai...semua org Malaysia yang datang sini tulis nama dan lekat kat dinding...kitaorg pun xlepas peluang...tiba2 perasan, ada senior aku kat UIA letak duit singgit siap ada gambar lg..mencapap nampak...haha..


Lepas makan terus ke airport...aduii..sedihnya tinggalkan Beijing and at the same time rindu dengan Malaysia..huhu...alhamdulillah kami selamat sampai kat KLIA pukul 11malam...tiba2 bagasi abg aku hilang??aduii...cuak giler..dah la dalam tu banyak barang yg beli kat Beijing...rupanya2 masuk lane sebelah..puas menunggu...teruk betul management KLIA ni...

Tips percutian ke Beijing : DUIT
Mata wang di Beijing ialah RENMINBI...iaitu RM1=RMB2...kira duit kita besar la...make sure ketika shopping kat kedai2 tepi jalan/penjual kaki lima, bagi duit cukup2...sebab kadang2 dieorg akan pulangkan duit palsu/duit negara lain...kalau takde duit kecik, boleh kasi duit besar, tp make sure korang belajar cara nak check duit tu betul atau palsu...dan sila tukar siap2 duit di Malaysia, sbb if tukar kat sana rugi...dpt lg sikit...dan certain money changer tak nak duit Malaysia...bawak jugak duit Malaysia banyak sikit, sbb if shopping kat Government Market/Store, dieorg terima Ringgit...





Percutian ke BEIJING (Day 4)



Tarikh : 6/11/2010

Pagi ni bangun pukul 6.30am...bersiap dan terus pergi breakfast...dalam kepada dah plan nak makan mee cina tu...mee yang buat sendiri tu...MEE TARIK kot namanya...sedap2 je aku bagi nama...haha..meenya sngt lembut...supnya sngt sedap...



Lepas breakfast, kami dibawa ke sebuah kawasan untuk try beca China...yang kat Melaka tu pun aku xnaik lg..kat Beijing nak pulak naik..haha...ingat nak pilih pemandu yang gagah perkasa, yela..takut xlarat nak bawak aku kat belakang, last2 semua tua2, so, aku amek yg muda la...tenaga banyak lg...

Kami dibawa melihat persekitaran "HUTONG" atau lorong2 antara rumah traditional Beijing...boleh la tengok dieorg basuh baju, bertekak semasa sendiri dan anjing2 dieorg comel2 je...tak macam anjing2 kat Malaysia...usha punya usha, tak jumpa lak anak dara tengah mandi...kecewa...haha...nama je rumah traditional, tp semua batu...yela, every year kerajaan China akan bagi peruntukkan kat dieorg untuk renovate rumah...tp ukiran2 China masih dikekalkan...


Dalam pukul 9.00am macam tu kami dibawa melawat Bird Nest Stadium dan juga Water Cube...sngt cantik design dieorg...angin sngt kuat masa ni, ada la org jual layang2 area tu...udara pulak agak teruk...debu, habuk dan kabus semua bercampur...sbb hari sabtu, semua kenderaan dibenarkan keluar...xmacam hari2 biasa, kenderaan keluar mengikut nombor terakhir pada no flat mereka...agak sistematik untuk elakkan traffic jam...

Kat sini just bergambar je...xmasuk pun...dah la bas parking jauh...so, nak dapat view yang dekat kene menapak dalam 5 minit gak...kat sebelah stadium ni, ada hotel yang berbentuk naga...satu bangunan agak tinggi menyerupai kepala naga, dan 4 lagi bangunan yang kecil sedikit membentuk badan dan ekor naga...hotel ni 7 bintang tau...1 floor ada 1 bilik je..bayangkan betapa besarnya bilik tu...


Selepas tu kami ke Olympic Sponsor Jewelery Shop berhanpiran stesen LRT stadium ni...kawasan agak tersorok...tp yang bangganya, ini kedai anak jati Malaysia dari Melaka..tp muka macam muka Jepun...punyala riak, dia cakap pagi tadi untung 1Million yuan, so dia bagi kiteorg sorang satu rantai Jed...walaupun tau kualiti kureng, amek je la...



Masa untuk makan...haha..makan je kan kerjanya...kali ni makan kat restaurant yang menunya menjadi menu maharaja pada satu ketika dahulu...Mahathir masa muda pun pernah makan kat sini...siap ada gambar lg...tapi satu je prob makan kat sini, serve sngt lambat...kiteorg dah habis makan, masih ada makanan yg belum sampai...siap meja sebelah kami gaduh dgn pekerja sbb xpuas hati makanan lambat sampai...


Seterusnya kami singgah dan melawat masjid terbesar di China, Masjid Niu Jie...lepas je solat, kitaorg lepak2 kat luar...tiba2 ada bilal laung azan kat luar masjid...eh...bukan dah lama masuk waktu ke??rupe2nya, tu azan menandakan untuk solat berjemaah...dieorg solat berjemaah agak lambat...kalau masuk waktu kita boleh solat sendiri, kalau nak tunggu solat berjemaah, 1 jam lepas tu baru ada...kat sini kita boleh tgk makam imam2 dahulu yang dieorg panggil sheikh...tapi masjid kat sini takde kubah ok, semua ala2 tokong cina je...tp sngt classic...


Jalan depan sikit dari masjid tu ada Niu Jie Muslim Supermarket...tempat ni lebih dikenali sebagai "LITTLE MEKAH" oleh rakyat tempatan...sbb sebahagian besar org kat sini adalah org2 muslim...kat sini boleh dapatkan semua jenis makanan halal...dari makanan basah sampai la makanan ringan semua ada kat sini...


Sekarang masa untuk SHOPPING!!!!...tak tau nama tempat shopping ni apa, sbb kepala dah fikir nak beli apa...huhu...ada masa 4 jam kat sini...perrgghhh..mmg heaven giler shopping...ni la masa untuk "BERGADUH" dan "BERTEKAK" dengan penjual...die akan bagi harga murah kat pelancong je...kat org jati Beijing xkan dapat harga semurah pelancong dapat sbb dieorg takut org jati Beijing akan datang balik untuk tukar barang yang dieorg beli kalau ada apa2 yang rosak...


Pukul 7 baru habis shopping..mmg maximize masa yang dieorg bagi..sampai lenguh2 kaki...lagi bawak 2 org kakak ipar aku tu, macam2 la dieorg beli...tukar tawar siapa??aku jugak..huhu..

Habis shopping terus g dinner..sbb dah penat sngt aku amek gambar semua makanan sekali gus..malas nak amek satu2...haha..kat sini baru jumpa ayam goreng ala2 kfc tu...perrgghhh...tiba2 rindu kat Malaysia...


Lepas makan mula la mata mengantuk..ingatkan terus balik hotel..rupa2nya singgah lagi kat Hard Rock Cafe Beijing..sbb malam ni malam last kat Beijing, terpaksa gak la keluar amek udara malam terakhir di Beijing...xshopping pun kat Hard Rock Cafe sbb duit dah nak habis...huhu

Lepas amek2 gambar kat situ, terus balik hotel...tido mati seperti biasa...hehe...


Tips percutian ke Beijing : KESIHATAN
 Cuaca kat Beijing ni tak menentu...kadang2 panas, esok boleh sejuk melampau...dan udaranya sngt kering (terutama musim sejuk)...anda digalakkan bawak lipsgloss supaya bibir anda tidak merekah dan sapu losyen selalu supaya kulit anda tidak terlalu kering dan mengelupas...dan bawalah panadol/tiger bam untuk kegunaan semasa kecemasan kerana cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan anda sakit tiba2...tp jangan bawa ubat2 yg pelik pulak, karang xlepas imigresen/kastam...





Percutian ke BEIJING (Day 3)


Tarikh : 5/11/2010

Morning call seawal 5 pagi...aduiii...awalnya...sebab hari ni kene gerak awal...630 pagi dah turun breakfast..makanan belum ada lg...kitaorg dah sampai...berlari2 pekerja hotel tu letak makanan...huhu...

Pukul 7 bas sampai terus ke Dataran Tian An Men...ingatkan kiteorg dah cukup awal, rupanya2 dah ramai org kat dataran ni...dieorg beratur dari tengah malam just untuk lihat mayat Mo Ce Tung, President pertama China...mayatnya diawet dan diletakkan di muzium untuk tatapan umum...kiteorg tak tengok pun...xkuasa nak beratur panjang...tour guide cakap, kalau beratur pagi, malam karang baru leh masuk...


Seterusnya kami berjalan ke arah pintu ke-3 Forbidden City iaitu sebuah komplek maharaja yang telah dibina sejak 500 tahun dahulu dan di sini terdapat bilik2 gundik yang berjumlah 3000++ kesemuanya...bayangkan betapa besarnya tempat ni...bagi mereka yang nak tgk muka Mo Ce Tung, leh tengok kat pintu masuk ni..sebesar2 alam muka dia...

Jalan kat dalam ni dekat 2 jam jugak la...tapi tak berpeluh or rasa penat, sbb cuaca sejuk...dapat la tengok pejabat maharaja, bilik mesyuarat, bilik tidur maharaja, bilik2 tidur gundik2 dan taman maharani...


Kemudian kami keluar kat pintu yang lain pulak, sbb xboleh nak patah balik keluar ikut pintu masuk tadi..nak tak nak, terpaksa la pusing sampai habis...

Kemudian mendaki tangga menuju ke Jingshan Park...sebelah Forbidden City je...kat sini leh nampak keseluruhan Forbidden city dan sebahagian bandaraya Beijing...time kiteorg sampai puncak Jingshan Park, cuaca kurang baik..kabus tebal sngt...so, xberapa clear la pemandangan dari atas ni...

Tak lepas peluang untuk pakai persalinan maharaja dan maharani...tp aku pakai maharaja je la...RMB25 (RM12.50) je untuk try dan dapat 1 gambar hardcopy..ok la tu...lepas tu leh posing seberapa lama korang nak...


Seterusnya kami ke gudang sutera...kami berlajar la cara2 nak keluarkan ulat sutera dari kepompongnya...kalau dieorg tanya caranya, just jawab masukkan ke dalam air panas...mesti korang kene puji...aku rembat 1 kepompong sutera..huhu...

Kat sini sutera lebih kepada cadar dan selimut...untuk baju ada gak, tp xbanyak pilihan...dan sutera dieorg tak la wangi macam sutera Malaysia...dalam kedai xboleh lak nak amek gambar...takut kita curi design dieorg kot...


Perut lapar, terus g lunch..lunch kali ni makan steamboat...aku kureng sikit steamboat ni...dah la steamboat dieorg guna air biasa je...kalau kat Malaysia guna sup atau tomyam...aku makan sikit je, sbb dalam tu dah campuur kambing semua...xboleh nak makan..takut pening balik...


Jalan punya jalan sampai lupa hari tu hari jumaat...huhu...so, pegi la semayang Jumaat kat Masjid Nan Dou Ya...Zuhor masuk dalam 1245pm...kiteorg sampai 130pm..ada org tengah bercakap2 kat depan...kiteorg ingat tengah khutbah...lepas habis "khutbah" tu terus la semayang...tp pelik, kenapa dieorg semayang sendiri2?so, kiteorg terus je la semayang jama'...rupa2nya yg tadi bukan khutbah, just tazkirah...aik??tazkirah dalam waktu zuhor??kira aku solat jumaat 2 kali la...haha...


Rasanya hari ni jalan entah berapa jam...mmg lenguh giler kaki ni..so, kiteorg pegi Foot Massage...yang penting free..haha..tengah2 urut tu datang la "doktor" periksa nadi kiteorg...ada ke dia cakap aku sakit liver...ngarut betul, pastu paksa beli ubat dieorg...anak buah aku lg kesian, kene censer perut...aku xlayan pun...layan kene urut lagi best...


Dan masa yang di nanti-nantikan...masa untuk shopping...haha...kami shopping kat Hong Qiao Pearl Market...kat sini boleh tawar menawar...make sure tawar sampai 80% tau...kene tahan sikit kalau kene marah or maki hamun...normal la tu...tapi xbeli banyak pun kat sini, sbb ni just cuba2 berlatih untuk tawar je, esok ada lg shopping tempat lain yg lagi besar dan lagi banyak pilihan...


Penat shopping terus g makan...1st time jumpa makanan ada kuah..ala2 kari..sedap gak...

Lepas makan kita org tgk persembahan Kungfu kat Red Theater...macam muzikal theater la, tajuknya Chun Yi The Legend of Kungfu...mula2 best, dah sampai tengah mula la sorang2 tidur...huhu...bosan giler part menari2 tu...bukan kungfu sangat pun...tengok xde pun org melayu dalam tu...group kiteorg je...kaya betul kiteorg ni tgk persembahan kungfu tu...huhu..kat dalam tu xleh nak amek gambar, sbb takut ganggu pelakon2 dengan flash camera...

Lepas habis persembahan, terus balik hotel...sambung tidur yg terganggu kat theater tu..haha...penat sngt berjalan berjam2 kat Forbidden City pagi tadi agaknya...


Tips percutian ke Beijing : SHOPPING
Orang Malaysia mmg suka shopping...sampai peniaga kat sini boleh cakap melayu sikit2 sbb ramai sangat orang Malaysia datang shopping kat Beijing ni...kalau anda tak pandai cakap cina/english, jgn risau...tawar-menawar just guna calculator...make sure bargain sampai 80% tau...sila tawar sampai peniaga tu marah2 anda...its normal...jika dia betul2 marah kat anda, tp still bagi harga yg anda nak, maksudnya anda seorang pembeli yang bijak...jika tak puas hati dgn harga tu, blah je g kedai lain...semasa nak blah tu, peniaga tu akan panggil balik dan tawarkan harga yg lebih rendah, make sure korang stick dgn harga yg korang nak sampai peniaga tu setuju...kene marah, bergaduh mulut dan peniaga nak nangis adalah lakonan semata2 supaya anda tak tawar gila2...pedulikan semua tu...JANGAN TERTIPU!!!